Pages

9/3/11

Kenapa aku tak jatuh teruk kalau dapat tahu raya bosan macam ni....

"Kenapa aku jatuh tak teruk.....bosan raya ni.."

Khamis lepas, 4 Hari sebelum Raya. Aku jatuh motor dengan member aku. Masa tu nak pergi sahur pukul 4.15 pagi, tiba-tiba rim depan buat hal. Motor jadi stuck, kitorang terpelanting rebah bawah tanah secara mengejut. Nasib baik tak laju, Kalau laju tak tahu ape jadi. Nasib baik jugak tak ada kereta or motor kat belakang, kalau tak dah sure kitorang kena langgar.

Hasilnya, kitorang dapat calar-calar kat bahagian siku, lutut, dan tapak tangan, tapi member aku dia dapat calar kat muka. Terus terang aku cerita, ni first time aku jatuh motor. Tapi tak serious sangat. Semuanya okey, tapi motor je lah kena hantar repair lepas raya ni. Rosak habis, kena tukar brake depan gamaknye. Itulah tragedi aku ngan kawan aku.

Sekarang, dah raya dah. Tapi bosan gila. Dan aku baru terpikir tadi, "Kenapa aku tak jatuh teruk kalau dapat tahu raya bosan macam ni.... "

1 comment:

Terima kasih sebab memenuhi ruangan ini.

:)