Pages

6/1/12

Diri aku

Baru-baru ni aku ada terbaca 1 entry, entry tu buat aku terpikir balik dan betul jugak ape yang dicakapkan. Kita nak jadikan seseorang tu teman hidup bukan sementara, sehari dua, takpun sampai bila-bila tapi untuk selamanya. Bukan zaman sekolah lagi nak main-main pasal benda ni. Sesuai dah umur macam aku sekarang untuk dirikan rumah tangga, macam member skola lama aku, dah kahwin da skrang. Untunglah dia mampu, aku? Aku tak mampu lagi. 

Aku tak mampu lagi kalau nak kahwin, sebab? banyak perkara. Satu, aku still belajar, income pun tak ada. Dua, rumah and kereta tak ada. 3, Calon pun tak ada. Haaa dan lain-lain tu sebab aku tak ready lagi n tak sedia lagi nak jadi suami orang kotttt. Eh apa aku melalut sampai kesini. Hari tu aku lepak dengan member sekolah aku dulu, Pian, ha dia tanya aku ada awek ke tak sebab dia confuse dengan aku pasal sebelum ni aku dengan orang ni dan jumpe time konvo haritu dia nampak aku dengan orang ni pulak. Aku pun cakaplah, kitorang just kawan je kot. Lantas dia pun cakaplah, biarlah kawan, dia pun cakap pasal diri dia, lantak oranglah nak cakap dia playboy ke ape, janji cuma kawan and duit yang dia spent pun utk diri dia. Betol juga and aku da pikir lama dah pasal benda ni. Tapi aku tak boleh, aku betol-betol perlukan seorang kawan perempuan utk teman aku. Dia pun cakap benda yang sama sebab kawan-kawan laki ni ada bila kita senang je, bila kita susah, mana ntah hilangnya.

Sebut pasal kawan, time diploma aku ada sorang kawan, Roy, susah senang kitorang bersama. Ecehh, walaupun masing2 ada awek dulu, tapi kitorang tetap susah jugak. Sanggup ikat perut, makan nasi standard, rokok pulak sanggup cutting2 bro. Ha, i miss you bro. Dia juga lah teman aku study, tempat aku share problem dan aku hairan satu benda pasal dia sebab dia dpat baca perasaan aku and ape yang aku pikirkan. Pelik betol manusia ni, ilmu apa la ko sedut ni broo -,-.

Abaikan pasal tu, tak payah nak pikir pasal orang lain or ape2 saje yang dah lepas biarkan lepas. Apa yang aku patut pikir is pasal diri aku sendiri. Mana aku nak bawa diri aku lepas ni, kecewa dengan tindakan sendiri, itulah benda yang aku harus jadikan pengajaran untuk terus hidup rasanya. Tapi aku buntu dan buntu nak buat ape aku pun tak tahu. Masing-masing ada hak sendiri, dan dirikau pun ada hak sendiri. Takpelah kau nak cakap apa-apa pun pasal aku, kau cakaplah. Aku terima. Sekian sahaja.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab memenuhi ruangan ini.

:)