Pages

9/12/12

Keditakpuashatian dengan Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam (Part 2)







Assalamualaikum, sambungan bahagian 2, mengenai notis ini : 
"FKA mewajibkan pelajar hadir ke kuliah bagi setiap kursus sepenuhnya (100%). Sebarang ketidakhadiran hendaklah beserta MC (Hospital & klinik kerajaan dan Pusat Kesihatan UiTM sahaja) / Sijil Kematian keluarga terdekat (Ibu-bapa & adik-beradik).
Lain-lain alasan perlu mendapat kelulusan Dekan sahaja.
Kegagalan mematuhi arahan di atas akan dikenakan tindakan tatatertib.

Terima Kasih

Arahan :
Dekan
Fakulti Kejuruteraan Awam

3 September 2012"
Ramai tidak puas hati dengan notis sebegini. Maksudnya, pelajar FKA tidak boleh tidak menghadirkan diri ke kelas melainkan sebab sakit ataupun ada kematian keluarga. Keadaan sebegini agak melampau, ramai pelajar FKA merungut mengenai protokol baru ini.

Okay, maaf agak skema sedikit ayat di atas ni.

Ramai kawan-kawan aku tak puas hati dengan benda baru ni, aku rasa diorang buat keputusan untuk laksanakan benda ni ibarat tak pikir panjang pun. Yelah, contohnya pasal nak sijil kematian tu, cuba bayangkan kalau ahli keluarga kita, tak kisahlah mak, ayah, adik beradik kita kemalangan dan cedera parah terlantar kat hospital, nazak, 50-50 je boleh hidup, tak kan kita kena datang kuliah jugak? Tak boleh balik? Untuk pelajar yang rumah dekat boleh la rasanya, tapi kalau dekat Perlis? Penang? Sabah? Nampak sangat kputusan ni buat tak ambil kira semua aspek ni lagi. Sedih, dan agak menyedihkan lagi bila dapat tahu yang nenek atau datuk kita yang kita sayang nazak, takpun meninggal, tapi kita terpaksa hadir ke kuliah. Agak tidak relevanlah buat notis sebegini dimana hanya ada kematian ahli keluarga ( Ibu, bapa, adik beradik ) sahaja pelajar boleh skip kuliah. Dorang ingat kita ni hidup satu keluarga kecil ke hanya ada ibu bapa dan anak? Ingat kita takda pak cik, makcik, nenek dan datuk ke? Sedih betul dengan notis ni. Sedangkan lecturer boleh tak datang kuliah dengan alasan anak demam? Kita, pelajar? baru ada kematian sahaja boleh tak datang kuliah. Ini tidak adil.

Nak tambah lagi, kedatangan 100% tu agak drastik, asalnya kehadiran ke kuliah hanya 80% sahaja, ini tiba-tiba naik 100%. Tidak masuk akal, at least 90% tu ok la lagi. Kalau nak buat 100% pun biarlah serentak untuk semua fakulti, baru adil. Ini tidak adil buat pelajar FKA. Dalam kes lain, setengah lecturer tak bagi masuk kelas jika pelajar lambat. Ini lagi satu masalah, masalah lecturer. Mana lah tahu pelajar tu lambat sebab kemalangan kecil semasa perjalanan, ataupun ada masalah-masalah yang munasabah, tapi pensyarah tak bagi masuk. Macam mana nak 100% kehadiran? Ketidakpuashatian pelajar mungkin wujud disitu, apatah lagi dengan notis baru sebegini.

Dan lagi satu, kewujudan Persatuan Fakulti Kejuruteraan Awam (PERKA) macam tak wujud saje. PERKA kata nak bantu pelajar? Tapi apa yang aku dan kawan-kawan aku rasa, PERKA macam dah digunakan pula oleh pihak FKA.Ibarat, baik tak payah handle PERKA kalau tak reti nak buat apa-apa bantahan mengenai isu-isu baru. Kita pelajar, dan kita ada hak, takkan nak sampai masuk media baru benda ni dibincangkan balik? Nak ke macam ni? Macam kes UiTM Segamat tu. 

Jadi, ape yang boleh simpulkan, harap-harap pihak FKA bincangkan balik mengenai notis ni. Di sini, hanya pendapat aku sendiri dan tidak menunjukkan sebarang provokasi ataupun mogokan kepada pihak fakulti. Sekian, 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sebab memenuhi ruangan ini.

:)